Sah PKP Dilaksanakan Semula, Ini Negeri Yang Terlibat

Terkini!! PKP akan dilaksanakan di 6 buah negeri iaitu, Pulau Pinang, Selangor, Sabah, Johor, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Labuan) untuk tempoh 14 hari bermula 13 Januari  2021 sehingga 26 Januari 2021.

Pergerakan Rentas Negeri Tidak Dibenarkan di Seluruh Negara!

KKM tidak lagi mampu tampung peningkatan sehingga 2000 kes setiap hari.

Pertambahan kes harian yang tinggi menyebabkan kelewatan petugas keselamatan untuk ambil pesakit di rumah

Peningkatan pesakit secara mendadak melumpuhkan kapasiti sistem kesihatan sekelip mata.

PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BERMULA 13 JANUARI HINGGA 26 JANUARI 2021 BAGI NEGERI-NEGERI BERIKUT :

SUMBER: Youtube TV3

(VIDEO) PERDANA MENTERI UMUMKAN PKP 2.0 AKAN BERMULA. INI 3 PERINGKAT PKP YANG AKAN DIAGIHKAN SETIAP NEGERI

Sejak dari hari sabtu perkara yang disebut sebut oleh rakyat adalah PKP 2.0 akan dijalankan atau tidak?

Jika anda perasan sejak semalam rata rata rakyat telah menyerbu hampir semua pasaraya penuh.

Barang keperluan seperti bawang, beras, minyak masak dan lain lain hampir licin di rak rak pasaraya. Seperti yang berlaku pada PKP 1.0 pada Mac 2020, panik buying telah berlaku.

Jadi adakah PKP akan dijalankan seperti yang digembar gemburkan di media sosial.

Ketika siaran langsung perutusan khas Perdana Menteri baru sahaja bermula, jumlah penonton amat mengejutkan.

Tidak sampai seminit jumlah penonton yang menonton di LIVE Bharian Online mencecah lebih dari 100 ribu. Ini baru daripada satu media dan bukan dari media lain.

Ketika perutusan khas PKP daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beliau memberitahu jangkaan kes positif akan makin meningkat.

Pihak frontliner juga sekarang sudah penat dan kemampuan kita hampir mencecah tahap maksimum selepas jumlah kes baru tidak menurun.

Hari ini Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP akan dijalankan semula.

Tempoh PKP akan dijalankan selama 14 hari. Bermula pada hari Rabu ini 13hb Januari sehingga 26hb Januari 2021. Perintah ini melibatkan 3 peringkat.

Menurut beliau, PKP hanya akan membabitkan enam negeri sahaja iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

PKP Bersyarat pula akan dikenakan ke atas enam lagi negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Manakala PKP Pemulihan pula akan dikenakan ke atas negeri Perlis serta Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.

Tambahnya, negeri-negeri yang dikenakan PKP adalah negeri yang berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh KKM dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya telah hampir mencapai kapasiti maksimum.

Perdana Menteri membuat pengumuman bahawa rentas negeri tidak dibenarkan di seluruh negara.

Untuk negeri yang dikenakan PKP, rentas daerah juga tidak dibenarkan. Di dalam negeri yang terlibat dalam PKP, pergerakkan terhad sejauh 10 KM sahaja dan 2 orang dari isi rumah yang sama sahaja boleh keluar membeli keperluan.

Jika melanggar peraturan ini kompaun boleh dikenakan sebanyak RM1000.

Video Penuh:

Berita selanjut akan menyusul …

Artikel By: AwattSyeikhhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tidak perlu darurat, PKP 2.0 sudah memadai: Najib

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa perintah darurat yang akan dicadangkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang ini, merupakan keputusan berasaskan politik dan bukan untuk menangani wabak Covid-19.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah berbincang untuk mengeluarkan perintah darurat dalam mesyuarat Kabinet pagi tadi.

Menurutnya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada awal Mac sehingga April tahun lalu amat tegas termasuk mengarahkan anggota tentera mengawal keadaan.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan mempersoalkan langkah lain berbanding PKP yang telah terbukti keberkesanannya itu.

“Apa lagi yang tak cukup untuk melawan wabak Covid-19 masa awal PKP yang dilaksanakan itu?

“Seperti dibuktikan pada PKP pertama tahun lepas, undang-undang Malaysia di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 sudah cukup kuat untuk segala kerja mengawal Covid tanpa pengisytiharan darurat dan menggantung Parlimen.

“Jika ianya benar bahawa permintaan darurat dibuat sekali lagi maka lagi ramai rakyat yang akan membina persepsi bahawa kerajaan hari hanya sekadar mahu mengekalkan kuasa politik mereka dan bukan atas kepentingan rakyat,” katanya di laman Facebook pada Isnin.

Dalam pada itu katanya, ramai juga yang akan membina persepsi bahawa kerajaan PN melonggarkan hampir semua prosedur operasi standard (SOP) termasuk menarik balik sekatan rentas negeri untuk sengaja menggadaikan kesihatan dan nyawa rakyat dengan membiarkan keadaan Covid menjadi teruk.

“(Ia) agar mereka ada peluang untuk meminta darurat sekali lagi setelah permintaan darurat pertama mereka telah gagal pada bulan Oktober lalu.

“Sebab itu, sekadar PKP 2.0 sudah memadai jika mahu dilaksanakan,” kata bekas Perdana Menteri itu.

Terdahulu, The Star melaporkan sumber di Putrajaya memberitahu bahawa dengan krisis Covid-19, keperluan mengisytiharkan darurat telah dibincangkan dalam mesyuarat khas Kabinet pagi tadi.

Tiada perincian yang diperuntukkan oleh Kabinet tetapi Muhyiddin dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini.

Oktober lalu, Yang di-Pertuan Agong menolak pengisytiharan darurat kerana tiada keperluan untuk melaksanakannya di negara ini atau mana-mana bahagian negara ini pada ketika itu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dicapai selepas Yang di-Pertuan Agong memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu pada 25 Oktober lalu.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : mediabawang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*