Bekas pemain badminton Malaysia, Datukk Lee Chong Wei bakal menjadi atlet pertama Malaysia yang akan diabadikan di muzium patung lilin terkenal dunia, Madam Tussauds di Hong Kong.
Perkara itu dikongsinya sendiri di laman media sosial miliknya.
Meluahkan rasa berbesar hati, Datuk Lee Chong Wei menyifatkan perkara itu adalah satu kebanggaan baginya serta rakyat Malaysia.
Tambahnya lagi, patung lilinnya bakal diperkenalkan selepas suku kedua tahun 2002.
“Can you guess what am I up to? I’m so honoured to be the first Malaysian athlete to join @madametussaudshongkong. Special shoutout to the team who were extremely patient and detailed during the sitting session. It was definitely a new experience for me!
My wax figure will be unveiled in the second quarter of 2020. Stay tuned for more updates!
#pleasedontplayabeckhamcordenprank #honoured #staystrongmomota“, kongsinya.
Lantas, ribuan ucapan tahniah telah membanjiri ruang komen entrinya. Rata-rata rakyat Malaysia serta atlet yang lain meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian wira Malaysia itu.
Sekadar info, Datuk Lee Chong Wei merupakan individu kedua Malaysia yang diberi penghargaan tersebut selepas bintang Bollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh.
Sumber: Instagram Datuk Wira Lee Chong Wei
Leave a Reply