Sudah Mula Aktif, Ibu Kongsi Foto Adik Ainul Sengih Tunjuk Gigi Baru..”Comelnya Sayang..”

Kisah adik Ainul Mardhiah pernah menjadi topik hangat pada awal tahun lalu dan menyentuh hati ramai.

Namun, bersyukur dengan bantuan pakar bedah Dr Amalina Bakri, adik Ainul kini boleh membesar seperti anak-anak kecil yang lain dan menunjukkan perkembangan yang positif saban hari.

Terbaru, menerusi perkongsian bapa adik Ainul, iaitu Ahmad Saifuddin, adik Ainul kini sedang mengalami proses ketumbuhan gigi.

Malah, ujarnya sejak seminggu ini air liurnya sering mengalir dan gusi sering bengkak kerana gigi ingin tumbuh lagi.

Bapanya turut meluahkan rasa syukur kerana atas doa dan prihatin orang awam, kini adik Ainul semakin pulih.

Selain itu, ibunya Nurul Erwani Zaidi turut berkongsi beberapa keping foto terbaru adik Ainul di Instagram buat perkongsian bersama.

“Saya suka sengih sengih pandang mama❤️”, tulisnya.

 

 

View this post on Instagram

 

Saya suka sengih sengih pandang mama❤️

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on

 

Di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa gembira melihat anak kecil itu yang semakin ceria. Malah, ada yang mendoakan agar kesihatan adik Ainul sentiasa baik sampai bila-bila.

Sumber: Instagra Nurul Erwani Zaidi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*