Terkandas Di Manila Bersama Ibu Bapa, Ruhainies Mohon Semua Doakan Yang Baik-Baik

Pelakon Ruhainies yang kini berada di Filipina memohon doa yang baik-baik daripada semua pihak.

Difahamkan, Ruhainies telah terbang ke Manila pada 10 Januari yang lalu bagi menghadiri acara Anugerah Televisyen Asia ke-24 dan ditemani oleh kedua ibu bapanya.

Namun, penerbangan mereka yang dijadualkan ke Kuala Lumpur semalam dibatalkan akibat letvsan gunung berapi Taal.

 

“Bukan sahaja ke Kuala Lumpur, semua penerbangan dari Ninoy Aquino International Airport, Manila ke pelbagai destinasi terpaksa dibatalkan kerana letvsan gunung berapi yang terjadi.”, ujarnya menerusi Gempak

“Lebih 5,000 penumpang terkandas dan saya mencari alternatif lain untuk keluar dari Manila. Saya bersama ibu bapa mengembara hampir tiga jam ke Clark International Airport yang terletak Pampanga.

“Saya menghabiskan RM15,000 untuk membeli tiket untuk ke Kuala Lumpur tetapi akan ada beberapa persinggahan. Dari Pampanga, penerbangan akan berlepas ke Cebu, seterusnya transit di Korea Selatan dan barulah pulang ke Malaysia.

“Kini, saya ‘tersekat’ di Cebu dan setelah empat jam menanti, saya dan ibu bapa dimaklumkan yang tiket penerbangan ke Korea Selatan dan seterusnya ke Malaysia dibatalkan.

 

“Situasi yang kami alami sangat menc3maskan dan saya sendiri mengeluarkan lagi hampir RM6,000 untuk membeli tiket lain.

“Insya-Allah, esok kami akan dijadualkan terbang dari Cebu dan transit di Taiwan sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Ruhainies berharap agar semua mendoakan yang baik-baik buatnya serta ibu bapa yang telah kepenatan kerana sudah dua hari tidak mendapat rehat yang cukup.

“Sejujurnya, saya sangat risau. Saya memohon doa daripada semua pihak agar urusan untuk kembali Kuala Lumpur dipermudahkan,” katanya.

Ujarnya lagi, selain dia, Zizan turut hadir ke majlis tersebut namun terus pulang sejurus selesai majlis.

 

“Jika saya berseorangan, saya takkan risau. Tetapi, saya membawa ibu bapa bersama, jadi sebagai anak, sudah tentunya saya harus menjaga mereka dan ins1den ini sangat mer1saukan saya.

“Perjalanan untuk pulang ke Kuala Lumpur menjadi sangat panjang. Saya berharap agar keadaan kembali reda seperti biasa dan urusan untuk pulang dipercepatkan.

Tambahnya lagi, dia juga mempunyai kerja yang perlu diselesaikan di Malaysia justeru terpaksa ambil penerbangan awal demi komitmen kerja.

 

“Selain itu, saya juga mempunyai komitmen kerja lain di Malaysia. Jika saya tidak memikirkan mengenai tugasan, sudah tentu saya tidak membeli tiket paling awal untuk pulang lebih cepat ke Malaysia dan saya hanya menanti di Manila sehingga lapangan terbang dibuka.

“Alhamdulillah, pelakon dan produksi karya yang saya jayakan sangat memahami tetapi saya sendiri rasa tak sedap hati kerana tak mahu orang menanti. Saya minta maaf sangat-sangat jika perkara ini mendatangkan kesvlitan untuk mereka,” katanya lagi.

Sumber: Instagram Ruhainies, Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*