
Menerusi laman sosial Instagram Cinta Syr1a Malaysia, mereka ada berkongsi satu video untuk tatapan umum.
Melalui video yang dikongsi, penyanyi Faizal Tahir dilihat sedang mengalunkan ayat suci Al-Quran yang membuatkan anak-anak Syr1a di kem pelarian Lubnan berasa sayv apabila mendengarnya.
“Hari Terakhir #wintermissioncsm Di Lubnan
Ketika Faizal Tahir membuka majlis khatam Al-Quran bersama anak anak Syr1a di kem Al Jasmine, Lubnan dengan bacaan surah Al Fatihah, ada di antara kami yang mengalirkan air mata.
Ianya memberi syahdu, kami pakat berdebar belaka. Boleh kata semuanya mengetap gigi menahan diri supaya tidak tertumpah segala tangis yang beriya.
Dikelilingi anak anak syurga ini memberi satu aura yang sangat berbeza. Ia nyaman, namun disebalik senyum mereka ini kami tahu der1ta besar yang melanda.
Ada yang sebatang kara, hidup dengan entah siapa, ada juga yang kehilangan berbagai deria, h4ncur keluarga dan travma dengan berbagai hal.
Mereka datang berjalan ke masjid dalam cuaca sejuk untuk mengagungkan ayat suci.
Dan kami menyambut mereka dengan sedikit hadiah serta sumbangan.
Iya kawan-kawan, yang kalian hulur itulah kami hantar ke sini. Syukur, semoga Allah sentiasa memelihara mereka, juga kalian yang sentiasa bersama kami demi memberi bantuan kepada mereka ini.
Terima kasih semua, doakan perjalanan kami ke kem-kem di Turki pula.”, kongsi laman Instagram tersebut.
View this post on Instagram
You can give them all they need. But all they want is to go back home. Just like all of us.
Sejurus itu, kanak-kanak tersebut pula mengikuti alunan Al-Quran oleh Faizal.
Meninjau di ruangan komen, orang ramai kagum dengan sikap yang ditunjuk oleh Faizal serta mendoakan agar perjuangan mereka dipermudahkan.
Sumber: Instgaram Cinta Syr1a Malaysia
Leave a Reply