Pelakon dan usahawan Hanis Zalikha ada berkongsi tips untuk merawat anak kecil yang mengalami masalah gatal kulit.
Tips tersebut telah dikongsinya menerusi laman Instagram anaknya, Alisa Aisyah.
Menurutnya, untuk mengelakkan kesan yang ‘direct’ pada kulit Alisa, Hanis telah menggunakan tips tersebut dan ianya berhasil.
“Bila kulit kering, Alisa asyik nak menggaru. Jadi Mommy cari ‘teething glove/mitten’ yang hujung full getah macam ni supaya dia tak ralit sangat garu dan kalau garu pun kulit merah tu sekata, tapi takkan lvka.”
“Teething glove ni sebenarnya untuk bayi gatal gusi, jadi dia sedap buat gigit2. Tapi nak halang Alisa directly touch her skin, Mommy pun cuba beli ni.”
“Tambahan, teething glove jenis ni bila kena air liur dia cepat kering sebab materialnya bukan cotton macam sarung tangan biasa. Boleh search dekat Shopee je. ????”, kongsinya.
Terdahulu, Hanis dan aktor Hairul Azreen telah mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Sumber: Instagram Alisa Aisyah
Leave a Reply