
Siri popular kanak-kanak, Didi & Friends telah mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya memenangi kategori Program Prasekolah Terbaik di Asian Television Awards ke 24 yang berlangsung di Manila, Filipina pada 10 Januari lalu.
Siri popular itu telah menewaskan pencalonan lain dari negara China iaitu Fashion Kids’ dan ‘Flying Fairground’, dan ‘Shimajirō no Wow!’ Dadi Jepun serta sebuah lagi program terbitan produksi yang sama (Digital Durian), ‘Omar & Hana’.
Anugerah itu diwakili pelawak Zizan Razak yang berada di sana menghadiri anugerah tersebut. Malah, Zizan turut berkongsi momen membanggakan itu di laman Instagram miliknya.
“Menang guys menang..!!! Mengantuk nak tido mana???? Mengantuk tolong lah saya..!!!! @didiandfriends_malaysia @astroceria #asiantelevisionawards #asiantelevisionawards2020“, kongsi Zizan.
Sekadar info, Asian Television Awards merupakan majlis penyampaian anugerah yang mengiktiraf program-program dan produksi bagi industri televisyen.
Sumber: Instagram Zizan Razak, Didinfriend Malaysia
Leave a Reply