“Halal..kalau tak keje, u all nak bagi duit ke..”, Noralbaniah sekolahkan netizen

Beberapa hari yang lepas, pelakon Noralbaniah ada berkongsi fotonya memakai baju cleaner di Instagramnya sehingga menarik perhatian ramai.

Menurut pelakon era 90-an itu, rata-rata menyangka ia merupakan pekerjaan sebenarnya sehingga ada yang bertanya kesahihan perkara terbabit.

Kata Albaniah, tidak salah jika benar itu pekerjaan sebenarnya kerana ia juga merupakan salah satu sumber untuk mencari rezeki.

“Kecoh pasal post gambar pakai baju clennner semalam. Ada yg call tanya…betul ke…!sebenarnya bagi saya ape salahnya. Sesiapa pn boleh post ape2 pun. ”

“Kalau saya clenner, itu satu pekerjaan yg baik. Halal..kalau tak keje, u all nak bagi duit ke?.. Svsah, org lagi kutvk. Tak kan nak tunjuk yg hebat2 dan mewah jer dalam IG. ”

“Not me….im not hip0krit…plsss…..skrg saya bagi post yang paling ceria…tak kesah la keje ape pun…puas tak…!! Takde clenner, toilet tak bersih pun org complain…kannn….!!!?”, tulisnya.

 

 

 

View this post on Instagram

 

Happy sangat bila dapat jadi ketua..macam ketua darjah…lepas ni tanggungjawap lebih berat..

A post shared by NORALBANIAH (@noralbaniah) on

 

Sumber: Instagram Noralbaniah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*