Meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-5 bersama suami, pelakon Elizad mendedahkan dia teringin untuk memiliki cahaya mata dan bergelar ibu.
Mintanya agar sama-sama mendoakan agar dia dan pasangan yang lain dapat merasai detik itu.
“11 Januari , ???? Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yg Ke5 suamiku yg tercinta . Tahun ni kita masih berdua . Tak mengapa perancangan Allah itu cantik . Yakin Ikhtiar & jgn letih berdoa . Korang doakan kami sama ya . Mudah2han berkat doa kalian , i will have a chance to become a mother
.
Happy anniversary again to my one & only husband who always beside me during my ups & down . I love You So Much Sayang till Jannah .
Sincerely , your notti wife #Pembulitegarforever ❤️”, tulisnya.
Di ruangan komen, peminat serta rakan artis mengucapkan tahniah buat pasangan itu selain mendoakan agar hajat mereka kesampaian.
Sekadar perkongsian, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad bin Mohamad Sahrifuddin telah mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015 bersama Shamsul Baharin Abdul Rahman.
Majlis mereka telah diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.
Sumber: Instagram Elizad
Leave a Reply