Berjinak-Jinak Dengan Game Online, Yana Samsudin Bersyukur Suami Tidak Pernah Halang Minat

Pelakon Yana Samsuddin mendedahkan dia kini aktif membuat penstriman video sejak beberapa bulan yang llau.

Ujarnya, suaminya, Fadzil Zahari tidak pernah menghalang minatnya untuk aktif sebagai penstrim permainan video di laman Facebook sejak Ogos lalu.

 

Yana mendedahkan dia akan menghabiskan masa antara tiga hingga enam jam sehari untuk aktiviti tersebut.

“Saya sudah mula aktiviti ini sejak Ogos tahun lalu. Kebiasaannya, saya menghabiskan masa kira-kira tiga hingga enam jam sehari. Tapi, ia bergantung kepada individu.

“Alhamdulillah, suami juga faham dengan minat saya. Dia tidak pernah menghalang saya untuk melakukan penstriman permainan video. Cuma, kadang-kadang dia pelik bagaimana saya boleh bertahan selama berjam lamanya,” ujarnya sambil berseloroh.

 

 

View this post on Instagram

 

Assalamualaikum.. good morning korang… sarap maner, kat rumah ke kedai pagi ni ???? my ???? page @yanasamsudinx

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Jelas Yana, aktiviti itu turut menjana pendapatan buatnya dan bukan bermain permainan video semata-mata.

“Secara tidak langsung, ada pendapatan yang dibayar oleh pihak Facebook Games kepada penstrim.”

Bagaimanapun Yana tidak mendedahlan jumlah bayarannya nemun jelasnya ianya bergantung kepada individu.

Malah dedahnya lagi, dia sanggup menghabiskan hampir RM7,000 untuk komputer dan beberapa keperluan lain.

 

 

View this post on Instagram

 

Cer teka kitorang tengok aper?? Hihihi… on set #KakYong #YanaShooting #KakYong #FilemKakYong

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

“Saya mengeluarkan wang hampir RM7,000 untuk perkakas komputer dan meja. Tapi, saya dapat rezeki lebih apabila ada pihak yang sudi menaja meja, kerusi dan beberapa peralatan yang harganya saya anggarkan mencecah RM20,000,” katanya.

Perkembangan lain, Yana baru saja selesai menjalani penggambaran filem pertama terbitan syarikatnya, Kak Yong yang dijangka bakal ditayangkan dalam tahun ini.

Sumber: Instgaram Yana Samsuddin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*