
Mendukung watak Ikram dalam drama bersiri, Adellea Sofea, pelakon Fizo Omar telah mendedahkan impaknya terhadap dirinya di Instagram.
Menurutnya, gara-gara watak tersebut, artis kelahiran Kota Bharu Kelantan ini kini telah keh1langan hampir 5 ribu pengikut di Instagram.
“Penangan ikram! Lebih 5000 unfollow aku dkat ig bro!! Hhahha..tuan director @budakijat gelakkan aku siot!
.
Ni abg punya pasal lah…hahhaha.btw tqvm @budakijat yang menj4hatkan ikram dan mengasah aku dkat set.tqvm bang.
.
P/s : yg dah unfollow tu jgn emo sgt yea, nanti dah hbs #adelleasofea ni korang follow aku blk yea..hahhaha. Lagi 2 hari je pastu aku taubat dah! And aku sanggup berubah kalau dapat sofea!”, tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, ramai yang memberi pujian terhadap kualiti lakonannya sehingga menyentuh jiwa penonton.
Sumber: Instagram Fizo Omar
Leave a Reply