“Ada ke abang mcm ni…” – Hantar Mesej ‘Lain Macam’ Pada Abang, Netizen Meluat

Bagi kebanyakkan orang, adik beradik dan sepupu adalah rakan sepermainan kita yang pertama. Kita secara semula jadi mempelajari kemahiran sosial dari interaksi dengan adik beradik sejak kecil.

Walaupun begitu, hubvngan adik-beradik membangun secara tidak menentu mengikut dinamik keluarga masing-masing.

Hubvngan mesra.

Ada adik yang sangat mesra dengan abang dan kakak seperti mereka mesra dengan rakan-rakan di sekolah. Mereka tidak kisah berpelukkan dan mengucap ‘I love you‘ tanpa rasa janggal.

Ada juga ahli keluarga yang rapat tetapi setiap kali berjumpa pasti akan berperang mulut atau ejek mengejek. Ada juga adik beradik yang tidak rapat tetapi saling menghormati.

Setiap ahli keluarga juga mempunyai cara berbeza-beza dalam berinteraksi dengan ahli keluarga yang lain mengikut kesesuaian perhvbungan.

Misalnya bercakap dengan ibu bapa kita perlu menunjukkan nada hormat, manakala dengan adik beradik kita lebih berperangai selamba.

Namun jika kita bercakap dengan ahli keluarga seperti kita bercakap dengan kekasih, pasti kita dianggap buang tabiat.

Seperti yang dikongsikan dalam satu posting di Twitter, netizen garu kepala melihat perbualan antara abang dan adik ini.

Rata-rata yang meninggalkan komen meluahkan rasa janggal dan geli dengan kemesraan ‘lain macam’ antara adik dan abangnya itu.

“Ni abang long ke…”

“Geli…”

“Abang teman tidur…”

“Tido jela bodoh…”

“Paling lembut pon carut carut je…”

“Lain macam sngt…”

“Sah adik beradik berangkat…”

“Ada ke abang mcm ni…”

Lebih menggelikan hati, seorang individu cuba menghantar mesej yang sama kepada abangnya. Respon yang diterima dari abangnya walau bagaimanapun tidak begitu mesra sehingga membuat netizen berdekah.

“Reaction spontan…”

“Cam siot je perangai…”

“Ni baru betul abang…”

Malah pengguna Twitter tersebut berkata abangnya turut menghubunginya untuk memaki dia kerana menghantar mesej seperti itu.

Sumber: Twitter via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*