Koleksi Kereta Mewah 8 Pemain Bola Sepak Malaysia Yang Sangat Gah Dan Menarik.

1. Safe Sali

Safe Sali atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali merupakan pemain bola sepak tempatan yang pertama bermain di Liga Super Indonesia iaitu di kelab Pelita Jaya selepas membantu Malaysia untuk menjuarai Piala AFF Suzuki pada tahun 2010 dengan menewaskan Indonesia.

Safee telah menyertai pasukan itu dengan yuran perpindahan sebanyak USD30,000 (RM106 ribu) dan menerima gaji sebanyak USD 10,000 atau RM35,470. Namun pada tahun 2012, penyerang berusia 31 tahun ini telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT) yang dikatakan menerima gaji sebanyak RM120,000 sebulan.

2. Khairul Fahmi Che Mat (Apek)

Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali dengan panggilan Apek dikatakan panjaga gol yang dibayar gaji termahal dalam Liga Malaysia.

Apek bukan sahaja menerima gaji yang lumayan bersama Kelantan malah beliau turut menerima pelbagai pendapatan lain lagi di luar padang. Beberapa musim lepas, Apek dikhabarkan turut menerima tawaran lumayan dari sebuah pasukan dan akan meletakkannya sebagai pemain termahal namun Apek memilih untuk kekal bersama Kelantan. RM100,000 ketika di Kelantan

3. Amri Yahyah

Amri Yahya memulakan karier bola sepaknya di Selangor FA selama 12 tahun dan sepanjang kariernya bersama Selangor, Amri telah tampil sebanyak 200 kali dan menjaringkan sebanyak 71 gol.

Ini menjadikan Amri salah seorang pemain tengah/penyerang digeruni pihak lawan. Amri, 34, kemudian telah ditawarkan kontrak lumayan oleh Johor Darul Takzim (JDT) bernilai RM1 juta selama setahun iaitu sekitar RM85,000 sebulan.

4. Norshahrul Idlan Talaha

Pemain kelahiran Besut ini merupakan seorang penyerang yang cukup berbisa ketika bermain bersama pasukan Kelantan dan juga pasukan Malaysia sehingga pasukan kebangsaan berjaya menjadi juara Piala AFF Suzuki pada tahun 2010.

Pada tahun 2013 pemain berusia 28 tahun itu telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan (JDT) selepas menerima tawaran lumayan iaitu menerima gaji sekitar RM80,000 sebulan. Bagaimanapun, Norshahrul gagal memberi impak besar terhadap pasukannya apabila hanya mampu menjaringkan 10 gol dalam 35 penampilannya bersama JDT. Norshahrul kemudiannya berhijrah ke pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kini beliau nampaknya telah menyarung jersi negeri kelahirannya, Terengganu. RM80,000 – ATM (ketika bersama Terengganu)

5. Baddrol Bakhtiar

Bermula dengan mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden, Baddrol Bakhtiar kemudian telah diserapkan kepada pasukan ‘senior’ Kedah dan kebangsaan sebagai pengatur serangan (playmaker) dan sering juga dilihat bermain di bahagian sayap kanan.

Walaupun tidak bermain di posisi penyerang bersama Kedah, namun 76 gol yang dijaringkan daripada 160 penampilannya cukup menggambarkan kehebatan pemain berusia 27 tahun ini yang dikatakan menerima gaji sekitar RM65,000 sebulan.

6 Safiq Rahim

Nama tidak yang perlu diperkenalkan lagi, Pemain ini pernah mengumumkan persaraan pada Julai 2016 sekaligus memberi kesan kepada pasukan kebangsaan ketika itu tengah tenat dan tersingkir saingan kejohanan AFF Suzuki 2016, Tidak lama kemudian, beliau kembali dari persaraan menyarung jersi kebangsaan.

Kejayaan paling di ingati adalah apabila Safiq membantu Johor Darul Takzim memenangi Piala AFC 2015 dan Safiq dinobatkan sebagai pemain paling berharga (MVP) dalam kejohanan Piala AFC 2015. RM70K (2015) dan Dikhabarkan gaji Safiq Rahim dinaikkan sebanyak RM250K (sekarang) – Johor Darul Takzim

7. Zaquan adha

Mohamad Zaquan Adha bin Abd. Radzak (lahir pada 3 Ogos, 1987 di Seremban, Negeri Sembilan) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain bersama Kuala Lumpur di Liga Super Malaysia.

Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Dia juga merupakan adik kepada pasangan kembarnya iaitu Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak.

8. Kunanlan s/o Subramaniam.

Kunanlan Subramaniam[1] (lahir 22 Ogos 1986[2]) adalah pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai pemain tengah untuk Selangor FA. Pada Julai 2016,beliau mengumumkan persaraannya daripada skuad kebangsaan bersama 3 rakan sepasukannya yang lain.

(Sila ambil perhatian jumlah pendapatan yang dipaparkan adalah anggaran kasar bulanan gaji pemain berkenaan, dan berkemungkinan termasuk tajaan dan pengiklanan dan bukan jumlah sebenar)

Sumber : penamedia

Sumber  : Catatan Terakhir

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*