“Saya pilih kaya daripada popular!” – Tak Malu Pakai Moto Biasa Tanpa Kereta Mewah, Hairi Safwan Sudah Bergelar Jutawan?

MESKIPUN sudah bergelar seorang jutawan, pelakon filem Busut Bonang, Hairi Safwan berkata dia masih mengamalkan sikap berjimat dalam berbelanja.

Menurut Hairi atau nama sebenar, Mohd. Hairi Safwan Aznan, 31, dia tidak malu menjalani kehidupan secara sederhana dan wang hasil perniagaannya itu disimpan untuk kegunaan anak-anak kelak.

“Alhamdulillah setelah lima tahun berkecimpung dalam perniagaan, akhirnya jualan produk kami mencapai sasaran… bolehlah nak kata bergelar jutawan!

“Tapi kehidupan masih macam biasa, sebabnya sekarang ini apa yang saya lakukan adalah untuk anak-anak, mereka jadi keutamaan.

“Ia memperingatkan saya untuk jangan boros dan sentiasa berjimat… saya tetap pakai motosikal biasa, tak perlu kereta mewah atau sebagainya cuma isteri ada rancangan nak beli dua buah rumah tahun depan,” katanya kepada mStar.

Hairi memilih untuk berjimat dan mengutamakan keluarga.

Juara program realiti Anak Wayang ini ditemui semasa pelancaran produk TKO Nutrition yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Hairi berkata dia masih lagi bergiat aktif dalam bidang seni dan tidak akan meninggalkan kerjaya sebagai pelakon.

“Saya dan rakan mengusahakan bisnes produk makanan tambahan sejak 2014, mula-mula tu memang agak perlahan tapi lama-lama bisnes semakin berkembang.

Hairi bersama rakan artis Zul Huzaimy.

“Siapa yang tak mahu berehat kalau ada duit kan? tapi bagi saya berlakon tetap berlakon kerana ia merupakan hobi saya.

“Cuma, kalau tanya saya nak popular ke kaya. Lebih baik saya pilih kaya daripada jadi popular,” ujarnya.

Bercakap mengenai karier lakonan, Hairi berkata dia baru selesai mempromosi tayangan filem terbaharunya berjudul Busut Bonang.

Hairi (tengah) teruskan kerjaya sebagai pelakon dan tidak akan meninggalkan bidang seni.

Dalam masa sama, dia turut menyatakan hasrat untuk menerbitkan filem sendiri namun masih dalam perancangan kerana perlu mengambil kira beberapa faktor lain.

“Lakonan terbaharu saya dalam filem Busut Bonang, Alhamdulillah sambutan baik dari penonton dan masih lagi ditayangkan di pawagam Malaysia.

“Sebenarnya saya ada perancangan dengan rakan kongsi bisnes untuk buat filem tapi ada beberapa perkara perlu diteliti memandangkan ia bukan benda main-main dan memerlukan kos yang banyak,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*