
Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu di mana ramai pekerja terpaksa diberhentikan, tidak sedikit bilangan individu yang mengambil keputusan untuk melakukan dua tiga pekerjaan pada satu masa.
Siang bekerja pejabat, malam pula buat kerja bebas seperti menjadi penghantar makanan atau pemandu e-hailing.
Membayangkan penatnya bekerja, tak peliklah apabila ada yang terpaksa berhenti di mana-mana untuk melelapkan mata. Ia mungkin sudah menjadi perkara biasa bagi sebahagian mereka.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Hidayat80 berkongsi kisahnya bertemu seorang rider Food Panda yang terlelap di sebuah kedai makan.
Aku lepak dengan adik ipar aku di kedai makan kemudian isteri dia (biras) tegur ada mamat dah nak jatuh sebab terlentuk lena bersandar kerusi.
Aku bangun tolong betulkan kepala dia untuk dia sambung lena berteleku di meja.
Masa betulkan tu, aku perasan telefon dia masih on maps dan uniform dia Foodpanda.
Aku lepak dgn adik ipar aku di kedai makan then wife dia tegur ada mamat dah nak jatuh sbb terlentuk lena bersandar kerusi
aku bgn tlg betulkan kepala dia utk dia sambung lena berteleku di meja
Masa betulkan tu, aku perasan hp dia masih on maps dan uniform dia Foodpanda. pic.twitter.com/jNU4AaKvSw
— MK4PXL (@hidayat80) December 24, 2019
Kegigihan lelaki berkenaan telah menyentuh hati netizen yang kagum dan mendoakan beliau.
Semoga murah rezeki dan dilindungi dari kecelakaan
Ada yang buat dua kerja, petir sabung menyabung pun sanggup redah
Sedih, tapi ada juga yang tuduh kita pemalas
Sumber: Hidayat80 via SK
Follow Instagram kami untuk pelbagai video menarik
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Leave a Reply