Tajul mohon maaf dengan isteri

PENYANYI, Tajul Ariff, 21, menyifatkan permohonan maaf dibuat kepada isteri, Nurul Syamieza Eddie, 23, pada perkongsian di Instagram (IG) baru-baru ini sebagai tindakan memujuk.

Tajul yang popular dengan lagu Sedalam-Dalam Rindu berkata, dalam kehidupan berumah tangga sudah tentu ada pasang surutnya.

“Apatah lagi, dalam perkahwinan saya dan isteri yang baru berusia dua tahun ini. Semestinya, banyak dug4an buat kami.

“Namun, apa yang saya kongsikan dalam penulisan kapsyen foto di akaun IG itu adalah keikhlasan dari hati buat isteri tercinta,” katanya.

Menurut pemilik nama sebenar Tajul Ariff Noor Md Shari, kehadiran cahaya mata sulung, Adriana Carissa kini berusia dua bulan melengkapkan kebahagiaan rumah tangga mereka.

“Alhamdulillah, rumah tangga saya dan isteri bahagia. Kami juga meraikan ulang tahun perkahwinan pada 10 Disember lalu.

“Saya bersyukur dipertemukan isteri yang baik meskipun selama perkahwinan kami ada s4lah sil4p yang dilakukan kepadanya.

“Terus-terang, saya mohon maaf kepada isteri dan sangat menyayangi dirinya yang juga ibu kepada anak kami,” katanya.

Mengulas pengalaman sebagai bapa pada usia masih muda, Tajul berkata, dia bertuah kerana anaknya tidak banyak rag4m.

“Setakat ini, Adriana Carissa memang mudah dijaga. Kalau dia berjaga malam pun tidak mer4gam.

“Tiada masalah untuk saya menguruskan anak pada waktu malam kerana jika bangun dia hanya nak menyusu,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan tidak berkongsi foto penuh anaknya, Tajul berkata, belum tiba masanya lagi.

Katanya, dia ada membuat perancangan istimewa buat anaknya dan sekarang segala urusan masih dalam perbincangan.

Untuk rekod, Tajul dan isteri menimang bayi perempuan sulung mereka yang dilahirkan pada 17 November lalu.

Tajul yang juga adik bongsu Allahyarham Achik Spin sebelum ini mer4hsi4kan perkahwinannya dan hanya membuat pengakuan sekitar Oktober lalu apabila isteri sudah sarat meng4ndung.

Dalam kerjaya nyanyiannya pula, Tajul muncul dengan lagu solo baru berjudul Ku Sayang Kau Rindu kira-kira empat minggu lalu.

Sumber : Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*