KUALA LUMPUR: Kecoh apabila pelakon, Ardell Aryana, berkongsi foto dan video menunjukkan dia mengikuti prosedur membuang bulu roma pada wajah di Instagram (IG), baru-baru ini.
Dihujani pertanyaan netizen apakah prosedur itu boleh dilakukan wanita Islam, Ardell yang mendapatkan khidmat membuang bulu roma di pusat laser Hairy Mary di ibu negara, mendakwa sudah merujuk perkara itu kepada ustaz.
Pusat laser itu diusahakan bersama bapa saudaranya, Dr Por Yang Sheng.
“Saya leraikan persoalan itu dengan bertanya ustaz dan mereka yang lebih pakar.
“Agama kita mementingkan kebersihan. Jadi, tidak salah untuk kita membuang bulu roma jika memudaratkan atau memberi masalah,” katanya kepada BH Online.
Isteri kepada aktor Nadzmi Adhwa itu menambah, sebagai wanita, apatah lagi berstatus isteri, soal kebersihan diri perlu diutamakan.
“Kalau sudah berkahwin, semua aspek dalam kebersihan perlu diambilkira untuk kebaikan bersama suami isteri,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ardell memberitahu, dia akan menyertai mlsi kemanusiaan ke Syria, tidak lama lagi.
“Saya pernah menyertai mlsi kemanusiaan seperti di Palu, Indonesia. Tetapi, saya lebih selesa tidak berbicara mengenainya kerana bimbang dikatakan menunjuk-nunjuk,” katanya.
Ardell berkata, dia akan berangkat ke Syria pada 8 Januari depan.
“Mlsi ini dianjurkan Yayasan Tabung Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM). Insya-Allah, saya harap aktiviti kemanusiaan seperti ini akan menjadi ikutan ramai,” katanya yang diumumkan Ikon Mlsi Kemanusiaan YDKMM Musim Sejuk ke Syria, baru-baru ini.
Leave a Reply