“Sangat sangat kagum dgn bakat harmonising mereka..”, Lisa Surihani jadikan Heliza dan Hazwani sebagai inspirasi

Beberapa hari yang lepas, pelakon Lisa Surihani ada berkongsi sebuah video rakaman Heliza Helmi dan Hazwani Helmi mengalunkan bacaan Al-Quran di Instagram.

Kagum dengan bakat alunan suara yang dimiliki oleh Heliza, Lisa telah menitipkan kata-kata sekaligus menjadikan wanita itu inspirasi buatnya.

“Ya Allah Ya Rabb, inspirasi-inspirasi ku! My favourite sisters!! I idolise them. Terima kasih sgt sgt utk video ini. ???? siapa mcm saya ni.. sgt sgt kagum dgn bakat harmonising mereka? ”

“Bila dngar mereka membaca Al-Quran dengan merdu dan jelas, terang makhrajnya, secara tak langsung memberikan kami inspirasi utk memperbaiki bacaan kami juga. ”

“Thank you my dears, syukur Alhamdulillah sgt beautiful inside out insan insan ini. Selalu positif, tidak lokek ilmu, menggalakkan kami utk mencari keredhaan Allah swt, tanpa ada sifat judgmental, malah sgt humble @nurhelizahelmi @hazwanihelmi I love you both so much. ❤️ :’)”, tulisnya.

 

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut memuji alunan suara yang dimiliki oleh keduanya itu. Malah, Heliza dan Hazwani turut memberi komen pada posting tersebut.

Sumber: Instagram Lisa Surihani

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*