
Teruja bila dihadiahkan buku bertajuk Auratku Maruahku dari anak gadisnya, Lisdawati dan suami berkongsi sebuah video sebagai tanda penghargaan atas hadiah tersebut.
Lisdawati turut meluahkan rasa syukur kerana anak gadisnya yang sulung sudah mengerti erti malu dan menjaga aurat dengan baik walaupun baru berusia 10 tahun.
“Syukur Alhamdulillah .. Hidayah milik Allah swt . Bila Anak sulung sy dah faham tentang maruah dan Aurat. Usia 10 tahun dia dah minta utk bertudung Tanpa ada paksaan. Makin jadi pemalu. ???????? .
.
Semoga semua Anak2 mama membesar jadi Anak yg Soleh dan solehan ❤”, kongsinya.
Melihat di ruangan komen, peminat meninggalkan reaksi masing-masing atas perkongsiannya itu.
Sumber: Instagram Lisdawati
Leave a Reply