
Melalui pelbagai dugaan dalam hidup, pelakon Sharnaaz Ahmad ada berkongsi satu falsafah di laman Instagram miliknya.
Menerusi kapsyen yang ditulisnya, dia menggambarkan kehidupannya seperti kopi o tanpa gula, pahit dan sukar ditelan, namun apabila ditelan selalu ianya menjadi pengajaran yang berharga dalam hidup.
” Hidup ni macam kopi o kosong tanpa gula.. Pahit likat, nak telan pun senget muka.. tapi bila dah selalu telan, rasa rindu dgn pahit itu.. begitulah kehidupan.. Dugaan yg pahit sebenarnya banyak manfaat.. Jadi lebihkan pahit dalam kehidupan, supaya bila kemanisan yg hadir nanti lebih bermakna.. happy weekend sahabat hamba yg mulia semua.”, tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, peminat memberi kata semangat buat bapa kepada Jebat Jayden itu.
Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad
Leave a Reply