Beberapa hari yang lepas, pelakon Lufya Omar ada bertanya pendapat orang ramai mengenai perbelanjaan anak-anak di Instagram miliknya.
Lufya ada bertanya sekiranya RM250 memadai atau tidak untuk membeli perbelanjaan barang-barang anak untuk tempoh masa sebulan.
“Nak shopping diapers, susu anak, cereal, buah-buahan, brokoli, ikan, ayam, cheese, baju kasut & etc. Nak tanya mummies spend untuk beli makanan dan keperluan anak sorang utk sebulan berapa ekh? Cukup tak Rm 250 sebulan????? aduiii tak tau nak jimat macamana lagi.’, tulisnya di entri tersebut.
Perkongsian Lufya nyata menarik perhatian ramai terutama sekali kaum ibu yang memahami keadaan terkini Lufya.
Sekadar info, Lufya Omar telah berkahwin dengan seorang doktor, Che Muhammad Hafiz pada tahun 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laana Haura.
Namun perkahwinannya telah diuji sejak beberapa bulan yang lepas dan sedang mencari penyelesaian yang terbaik buat mas4lah mereka.
Apa pula pandangan anda?
Sumber: Instagram Lufya Omar
Leave a Reply