
Bersempena menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama, bintang Bollywood Priyanka Chopra telah membuat satu kejutan istimewa buat suaminya.
Menerusi satu rakaman video yang dikongsi oleh Nick Jonas di Instagram, isterinya telah membuat kejutan dengan menghadiahkannya seekor anak anjing yang diberi nama Gino Jonas.
Nick Jonas yang baru sahaja bangun dari tidur kelihatan terkejut pada mulanya sebelum menyedari ‘hadiah’ istimewa itu.
Sekadar imbasa, perkahwinan antara dua selebriti ini telah berlangsung dengan meriah pada 1 Disember 2018 di Istana Umaid Bhavan di Jodhpur, India.
Mereka telah mengikat tali pertunangan selama 4 bulan sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga.
Sumber: Instagram Priyanka Chopra, Nick Jonas, Ginothegerman
Leave a Reply