“Setiap episod tak tinggal sebab Emi!”,Lakonan mantap Emma dalam Cemburu Seorang Perempuan dapat pujian peminat

Seperti yang ramai sedia maklum, drama Cemburu Seorang Perempuan telah pun sampai di penghujungnya. Tidak dinafikan, ramai yang terkesan dengan lakonan bintang utama drama tersebut terutama sekali lakonan dari Emma Maembong.

Lakonan Emma dalam drama ini dikatakan amat mengagumkan sehingga menyentuh perasaan penonton. Menerusi akaun Instagram Emma, dia telah meluahkan rasa syukur kerana drama ini telah ini telah mendapat tempat di hati peminat dan penonton.

“alhamdulillah drama #cemburuserongperempuan settled.i would like to say thank you to everyone here in this picture for making this drama happen tanpa korang semua pon takkan berjaya drama ni. insyaallah kita berjumpa lagi kalau lah ada part2 ???????????? thank you semua yg support . #emanizers #EmmaMaembong @emanizers“, tulisnya.

 

Lantas, watak Emi, seorang isteri yang menghidap penyakit mental itu telah mendapat banyak pujian dari peminat dan juga penonton.

 

Selain Emma, bintang lain yang turut menjayakan drama tersebut ialah Amyra Rosli, Amar Bahrin, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Sabrina Ali dan ramai lagi.

Sumber: Instagram Emma Maembong

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*