
Lakonan mantap pelakon Hairul Azreen dan Fify Azmi dalam filem Wira telah mendapat pujian ramai.
Babak aksi yang tak pernah lekang dari mula sehingga akhir membuat peminat tidak senang duduk. Malah peminat juga mengagumi lakonan lasak yang dilakonkan oleh Fify Azmi.
Namun, disebalik watak lasak yang dilakonkan, rupa-rupanya ada sisi manja Fify Azmi yang tidak diketahui ramai. Perkara itu telah didedahkan sendiri oleh Hairu Azreen menerusi Insta Story nya.
Hairul juga ada berkongsi gambar tersebut di entri Instagram miliknya sebelum memadamkannya.
Sekadar informasi, filem Wira ialah sebuah filem yang mengisahkan seorang tentera pulang ke kampung untuk membantu adiknya membayar hutang kerana kalah di dalam pertarungan MMA.
Filem tersebut juga turut dibintangi oleh pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda serta pengarah popular Dain Said melakonkan watak antagonis.
View this post on Instagram
Hassan Munas (Abang) & adiknya Zain Munas , nama panjang Zainab ???????? @fifyazmi @wira_2019
Sumber: Instagram Hairul Azreen
Leave a Reply