“Dia kacukan Arab-Melayu”, tutur Sasha Saidin ringkas apabila ditanya perihal bakal suaminya yang akan dinikahi tidak lama lagi.
Pelakon dan penyanyi, Sasha Saidin mendedahkan sebelum ini dia hanya mahu mengadakan majlis nikah pada awal tahun depan dengan sederhana sahaja.
“Insha Allah majlis perkahwinan saya akan diadakan dalam keadaan sederhana sahaja. Memandangkan ini bukanlah perkahwinan kali pertama buat kami berdua, jadi kami memang bercadang untuk buat secara kecilan sahaja.”
“Pada peringkat awalnya, kami hanya ingin bernikah di Pejabat Agama saja tapi bagi saya penting untuk keluarga belah pihak kami turut menghadiri.”, ulasnya menerusi Media Hiburan.
“Sudah tentu saya akan maklumkan jika ada majlis resepsi selepas ini. Namun bila berita ini tersebar, ramai yang ucap tahniah kepada saya. Saya agak terharu lah kerana ramai yang tengok saya menjadi ibu tunggal dan besarkan anak sendiri sehingga lebih lapan tahun.”
Namun, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Setelah berita dia akan mendirikan rumah tangga tersebar, ada pihak yang ingin menaja perkahwinannya.
“Alhamdulillah syukur ada pihak yang baik hati ingin menaja perkahwinan saya. Yang paling seronok apabila kawan-kawan industri yang dulu pun ada yang ingin menolong. Ia nya adalah amat bermakna buat saya.”
“Selain itu, Insha Allah Zain yang akan menjadi wali saya memandangkan bapa kami sudah tiada. Saya sendiri sudah memaklumkan di perkara itu dan proses-proses yang perlu dilakukan.”
“Lebih-lebih lagi bakal suami tidak tinggal di Malaysia. Jadi apabila semua perkara sudah ditetapkan, baru lah saya lebih selesa untuk berkongsi lebih banyak berita.”
Apapun semoga semua urusan Sasha dan bakal suami berjalan dengan baik.
Sumber: Instagram Sasha Saidin, Carian Google
Leave a Reply