
Baru-baru ini, pasangan selebriti Johan dan Ozlynn telah bersepakat untuk membuat ucapan dedikasi sempena hari lahir kepada anak perempuannya, Chantiq yang kini telah genap berusia 4 tahun.
“Happy birthday Chantiq sayang… papa, mama n hanania sayang u.. papa harap chantiq jadi anak yg solehah dan berjaya dalam hidup.. dah besar nanti kalau chantiq x ingat papa pun x pe…”
“tp chantiq mesti kene ingat solat…. sebab solat tu lah yg akan menjadi teman chantiq sampai akhir hayat.. papa mintak maaf kalau2 papa ader yg terlepas pandang dgn perhatian yg chantiq perlukan dr papa…”
“sorry tau.. kadang2 papa sibuk cari duit nak besarkan chantiq.. papa sayang chantiq n anak papa yg lain2 semua k… .”
“Chantiq syg.. mama manusia paling bahagia bila tau yg u di lahirkan cukup sifat, sihat dan sempurna.. alhamdulillah subhanAllah.. Allahuakbar… setiap sujud mama ada nama kamu adik beradik.. moga Allah makbulkan doa mama dan papa kamu..”
“maafkan mama jika ada kurang dari mama.. setiap hari mama cuba perbaiki utk menjadi yg terbaik utk kalian.. keluarga yg mama kasihi.. termasoklah DIA yg telah meminjamkan kalian utk mama.. ”
“semoga kita kekal hingga ke syurga… aamiin yaa rabbal alamin..❤️????”, tulis mereka panjang lebar.
Sekadar info, Johan dan Ozlynn Wati telah berkahwin pada tahun 2009 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.
Sumber: Instagram Ozlynn Wati
Leave a Reply