“Tak tahu patut salam dulu ke sarung cincin terus,,”. Nelydia Senrose imbau kenangan lucu di hari bahagia

Sudah hampir 7 bulan mendirikan rumah tangga, pelakon cantik Nelydia Senrose ada mengimbau kenangan sewaktu hari bahagia nya dulu.

Nelydia telah berkongsi dua buah video di laman Instagram miliknya. Dia menyatakan bersyukur kerana dapat merasai detik bertunang dan berbalas pantun walaupun cuma seketika sahaja.

Nelydia turut mendedahkan dia terpaksa ‘cover line’ kerana keliru samada untuk bersalam atau menyarung cincin dahulu ketika majlis itu berlangsung.

“acara pertunangan sebelum ke sesi akad nikah ❤️
Masa ni kedua-dua belah pihak sedang berbalas pantun sebelum menyarungkan cincin pertunangan. Alhamdulillah dapat jugak merasa bertunang walaupun sekejap ????. Mama and my mother in law insist to ikut adat, aaaaaahhh rindunyaaa ????
@mhafezhalimi
#myotherhafeznel
#rawvideo“, kongsinya.

 

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

#tb acara pertunangan sebelum ke sesi akad nikah ❤️ Masa ni kedua-dua belah pihak sedang berbalas pantun sebelum menyarungkan cincin pertunangan. Alhamdulillah dapat jugak merasa bertunang walaupun sekejap ????. Mama and my mother in law insist to ikut adat, aaaaaahhh rindunyaaa ???? @mhafezhalimi #myotherhafeznel #rawvideo

Siaran dikongsi oleh @ nelydiasenrose pada

“LOL masa ni masing-masing nervous so tak tahu patut salam dulu ke sarung cincin terus, nasib baik Nely pandai cover terus konon-konon pegang my mother in law padahal tangan yang dihulur belum disambut lagi hahahah.
Mama and my mother in law cantik sangat-sangat kan?????
@mhafezhalimi
#myotherhafeznel
#rawvideo“, tulisnya dalam entri yang lain.

 

Untuk rekod, Nelydia Senrose telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan dari Pantai Timur, Mohamad Hafez Halimi pada bulan April yang lalu.

Pasangan ini telah dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Rifin dan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru di dalam sebuah majlis tetutup di ibu kota.

Sumber: Instagram Nelydia Senrose

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*