
Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai topik yang disarankan oleh pengerusi FINAS, Dato Hans Isacc agar pelakon muda tidak disolek seperti orang tua demi menjaga kepentingan pelakon senior.
Saranannya itu telah mendapat perlbagai reaksi dari orang ramai dan peminat. Ada yang bersetuju, ada juga yang menentang.
Terbaru pelakon senior Edika Yusof telah berkongsi pandangan dan luahan hatinya mengenai topik itu di laman Instagram miliknya.
Menurutnya, meskipun sudah bergelar pelakon senior namun ‘golongn’ nya masih lagi mampu memberi kualiti lakonan yang baik.
“Hi, me & the gang,
Pasal artis lama dan baru ni tak payah susah2,
Kita boleh jadi muda & berumur at any time.
We 90’s artis ni flexible….????
Ada martial art, swimming,
scuba diving, dancing???? , ada yang boleh buat stunts pun.
jadi tak rugikan…????
Tv station & production lebih focus pada artis muda & juga pilih yang follower ramai.
Kalau FB & IG ni wujud dari zaman kita rasa2nya berapa followers kita orang ?????????.
We are still relevant , dont k1ll our talents….????????”, tulisnya.
Perkongsiannya telah mendapat reaksi dari peminat malah ada yang menyokong kenyataannya itu.
Muda atau tua bukanlah penghalang untuk seseorang terus berjaya dalam bidang yang diceburi, namun pihak tertentu juga haruslah tidak mengamalkan sikap pilih kasih antara mereka.
Sumber: Instagram Edika Yusuf
Leave a Reply