Pegasas kosmetik terkenal, Kylie Jenner telah tampil dengan idea baru untuk menjual produk kosmetiknya, Kylie Cosmetics.
Kylie dilaporkan menggunakan teknologi ‘vending machine’ untuk menjual produknya. Malah, projek itu telah pun dilaksanakan dan mula dijual di Lapangan Terbang Antarabangsa Mccaren, Las Vegas, Amerika Syarikat.
Dilaporkan, ‘vending machine’ Kylie Cosmetics itu telah menempatkan beberapa produk kosmetiknya seperti gincu, pembayang mata dan beberapa koleksi produknya yang popular.
Kylie turut berkongsi hal itu di laman Instagram miliknya.
Perkhabaran berita itu telah menjadi satu fenomena yang besar dalam dunia kosmetik dan ideanya itu turut dipuji oleh jutaan peminat.
Sekadar info, Kylie Lip Kit telah dibangunkan pada tahun 2015 dimana Kylie melancarkan pakej gincu. Namun pada tahun 2016 Kylie telah menukar jenama kepada Kylie Cosmetics dan mula mengeluarkan beberapa variasi produk kecantikan.
Dilaporkan, menjelang Mac 2019, jumlah harga syarikat Kylie telah mencecah $900 juta!
Sumber: Instagram Kylie Jenner, Carian Google
Leave a Reply