Setelah empat tahun mendirikan rumah tangga bersama Asyraf Khalid, Tya Arifin bersyukur dengan apa yang dikurniakannya sehingga hari ini.
Menurutnya, hidupnya kini sempurna dengan kehadiran dua orang cahaya mata serta perniagaan yang diusahakannya semakin maju.
“1 November 2019.
4 tahun berlalu, berbagi cinta kasih dan sayang. Diberi dua amanah yang luar biasa.
Suka, duka, tawa, lara kita tetap bersama.
Ini rumah tangga, rumah kita, menuju syurga, insyallah.
Doa Tya semoga perjalanan hidup kita senantiasa diberi keberkatan oleh Allah.
Happy Anniversary Sayang❤️
Ohya satu lagi amanah luar biasa juga adalah Mutyara @mutyarabeauty , kita akan jaga senantiasa????”, tulisnya di Instagram.
Menerusi ruangan komen, peminat turut gembira melihat kebahagiaan keluarga Tya dan suami.
Tya Arifin dan Asyraf Khalid telah diijabkabulkan pada 1 November 2015 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Malah, perkahwinan mereka turut dihadiri oleh orang ternama termasuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iairu Arif Jiwa, 2 tahun dan Azzahra Jiwa yang dilahirkan pada 8 Mei yang lalu.
Sumber: Instagram Tya Ariffin, Carian Google
Leave a Reply