
Kehendak isteri kadang-kadang memeningkan suami tapi kerana sayang diturutkan jua.
Baru-baru ini, chef selebriti terkenal, Dato Fazley Yaakob ada berkongsi satu rakaman video di laman Instagram milknya.
Menurutnya, isterinya sudah lama meminta dia mencukur semua jambang dan misai di wajahnya. Namun dia baru memenuhi permintaan isterinya itu. Dato Fazley juga ada bertanya kepada peminat tentang penampilan terbarunya itu.
“Finally saya shave off semua! Hahaha.. Adik Sayang @azrene_ahmad dah bertahun2 minta saya clean shaved.. so hari ni saya buat! Hahahaha rasa pelik laa.. help! What do u guys think??”, kongsinya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memberi komen yang positif dan memuji sikap Dato Fazley yang sentiasa mengambil hati isteri.
Tapi Dato memang nampak muda remaja kan??!
Sumber: Instagram Dato Fazley Yaakob
Leave a Reply