
Beberapa hari yang lalu, hos Sherry Al-Hadad ada berkongsi satu rakaman video di laman Instagram milknya.
Menerusi video tersebut, Sherry dilihat memakai pakaian gaun iras-iras Elsa, satu watak dalam filem animasi Frozen. Namun apa yang membuatkan ramai berdekah adalah apabila Sherry menyanyikan lagu tema filem tersebut.
Gelagatnya itu telah membuat ramai terhibur. Malah ramai rakan artis serta peminat yang memberi komen pada postingnya itu.
Selain itu, Sherry turut berkongsi sekeping foto dia memakai gaun tersebut dengan ‘anggunnya’ dalam salah satu posting sebelum itu.
“Hari ni kita Elsa Frozen lah ???? do you want to build a snowman?? Make up by @ferrykarisma dress by @faizelazraf“, tulisnya.
Apapun, gelagat Sherry memang selalu buat kita tak kering gusi kan?!
Sumber: Instagram Sherry Al-Hadad
Leave a Reply