Hubungan yang rapat antara lelaki dan perempuan sering disalah anggap. Penyanyi muda Masya Masyitah menafikan desas-desus sedang bercinta dengan penyanyi realiti, Usop.
Masya menegaskan mereka hanya berkawan baik kerana keduanya berasal dari daerah yang sama iaitu Kulim, Kedah. Disebabkan itu mereka mula berkenalan dan selesa berkawan biasa antara satu sama lain.
View this post on Instagram
Niat itu seperti surat, silap tulis alamat akan sampai salah tempat ????
“Kami berjumpa pun kerana kerja, bukan sebab adik atau abang. Nak lepak biasa-biasa sebagai kawan pun tak ada.”
Tambahnya lagi, dia tidak menolak untuk berkawan dengan sesiapa tapi hanya sekadar kawan kerana perlu menumpukan perhatian pada kerjayanya.
“Kalau nak kahwin nanti baru saya akan cari lah. Mungkin dalam 7 8 tahun lagi. Lagipun saya masih muda dan banyak perkara lagi yang perlu saya tempuhi..”, ulasnya menerusi Gempak.
Gosip bercinta antara Masya dan Usop mula bertebaran selepas mereka berdua sering memuatnaik foto bersama di media sosial.
Malah, sebelum ini juga Usop ada mengatakan bahawa hubungan mereka seperti abang dan adik.
Sumber: Carian Google, Instagram Masya Masyitah, Usop
Leave a Reply