Fify Azmi kongsi cabaran melakonkan watak Zain dalam filem Wira! “Dic4mpak, dib4ling adalah perkara biasa”,

Seperti yang diketahui ramai, bekas finalis Dewi Remaja 2014/2015 Fify Azmi ialah salah satu bintang yang memegang watak utama dalam filem Wira yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Pastinya persembahan dari gadis itu akan menjadi tumpuan ramai kerana aksi lasak yang ditonjolkannya menerusi filem tersebut sekaligus memberi persepsi baru kepada bintang baru itu.

 

 

View this post on Instagram

 

Bukan serious tapi nervous???? berdebar debar time nie???????? Stay tune @wira_2019 21 november 2019

A post shared by fifyazmi (@fifyazmi) on

Selain melalui rutin yang lasak dan mencabar Fify Azmi juga terpaksa memotong pendek rambutnya untuk memenuhi tuntutan watak Zain yang digalasnya.

Jelas Fify, pada mulanya dia agak keberatan untuk memotong rambutnya kerana itu adalah mahkota seorang wanita, namun kerana menyahut cabaran dia akur jua dengan tuntutan watak itu. ‘

“Namun sejujurnya, selepas memotong rambut, semangat ‘Wira’ itu terus meresap ke dalam diri saya.”, katanya melalui Media Hiburan.

Selain dari itu, Fify juga berkongsi cabaran ketika melakonkan watak tersebut.

 

 

View this post on Instagram

 

Selalunya perempuan gaduh tarik rambut kan? Yang nie real ???????? @wira_2019

A post shared by fifyazmi (@fifyazmi) on

“Dic4mpak, dib4ling adalah perkara biasa sehingga leher terk3hel, tubuh saya l3bam-l3bam dan b3ngkak, namun saya cuma berhati-hati untuk elakkan kesan pada jangka masa yang panjang.”

Filem Wira mengisahkan tentang seorang askar, Hassan yang dilakonkan oleh Hairul Azreen yang telah kembali ke pangkuan keluarga setelah menyempurnakan tugas untuk melangsaikan hutang adiknya, Zain yang telah kalah dalam pertarungan MMA yang dianjurkan oleh Raja (Dain Said).

 

 

View this post on Instagram

 

To all my supporters this is for you. I’ve been waiting for this moment. Stay tune for @wira_2019 .

A post shared by fifyazmi (@fifyazmi) on

 

Sumber: Instagram Fify Azmi, Carian Google

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*