Disatukan 14 November tahun lalu, semalam telah genap satu tahun usia perkahwinan pelakon terkenal Bollywood Deepika Padukone dan Ranveer Singh.
Dalam pada itu, Deepika telah berkongsi sekeping foto beserta kapsyen di laman Instagram miliknya.
Untuk rekod, perkahwinan antara dua pelakon hebat ini telah diadakan dengan serba ringkas di Lake Como, Italy yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat rapat.
Dilaporkan, majlis perkahwinan mereka telah berlangsung selama 4 jam dan dihadiri oleh 40 orang tetamu sahaja. Pada hari perkahwinannya, Deepika kelihatan anggun menggayakan gaun pernikahan hasil buatan Sabyasachi Murkherjee berserta aksesori mewah dipakai pada tubuhnya.
View this post on Instagram
Manakala majlis resepsi mereka pula telah diadakan dengan penuh indah dan mewah yang bertempat di Hotel Grand Hyatt, Mumbai.
Pada majlis resepsi, Deepika telah mengenakan baju buatan hasil pereka fesyen terkenal, Abu Jani Sandeep Koshla yang diindahi dengan sulaman benang emas.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Untuk rekod, Deepika dan Ranveer telah berkawan baik selama 5 tahun sebelum masing-masing memutuskan untuk menjalin hubungan yang lebih serius.
Malah, perkahwinan mereka juga turut dinobatkan salah satu wedding of the year pada tahun tersebut.
Sumber: Instagram Deepika Padukone, Carian Google
Leave a Reply