“Bila bawa ke majlis, Aisya sudah bikin konsert..suara level Celine Dion.”

Bergelar seorang selebriti, Datin Umie Aida pastinya sering ada majlis-majlis penting yang harus dihadiri. Baru-baru ini, pelakon Datin Seri Umie Aida ada berkongsi perihal anak angkatnya di laman Instagram.

Menurutnya, Nur Aisya yang baru berusia 3 bulan itu sukar membiasakan diri apabila berada di majlis-majlis atau tempat yang mempunyai ramai orang.

“Dari lahir sampai umur 3 bulan lebih…makan tido makan tido je. Tak jumpa orang langsung. Jadi aisya jenis tak suka bunyi bising atau jumpa orang ramai. ”

“Bila bawa majlis aisya sudah bikin konsert..suara level celine dion. Aduhhh… ! Bila masuk keta dia akan senyap. Hmmm… payah tu. Jadi me telah fikirkan cara nak bagi aisya mesra alam.”

Demikian itu, Umie melibatkan diri dalam satu kelas gim untuk membiasakan Aisya dengan keadaan sekeliling.

“Me masukkan class little gym.. memang bagus class tu. Pastu me bawa mana saja me pegi.. memang pada mulanya aisya akan buat konsert.. tapi lama kelamaan dia sudah mula okay dgn alam sekeliling. ”

“Cuma dengan mak cun dia tak berapa ok.. sebab mak cun suka gomol pipi dia. ????”, tulisnya di entri tersebut.

 

Menjengah di ruangan komen, peminat serta beberapa rakan artis turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Sekadar informasi, Umie Aida telah mengambil Nur Aisya sebagai anak angkat sewaktu Nur Aisya berusia 12 hari.

Sebelum ini, Umie juga turut membesarkan dua orang anak angkat lelaki, Mohd Daniel Firdaus, 26 dan Mohd Dzulhilmi, 25.

Untuk rekod, Datin Umie Aida telah berkahwin dengan suami pada tahun 2010 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Instagram Umie Aida, Carian Google

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*