“Penguat semangat saya & inspirasi saya ..”,Pernah jalani IVF, Dato Siti akui Raja Permaisuri Agong pemberi semangat untuk dia dapatkan zuriat

Semalam telah berlangsungnya perasmian bangunan baru Alpha Fertility yang diasaskan oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah.

Turut hadir memeriahkan majlis perasmian tersebut ialah penyanyi nombor 1 negara, Dato Siti Nurhaliza. Dato Siti juga berkongsi beberapa keping foto sepanjang majlis perasmian tersebut.

Menerusi kapsyen yang ditulis Dato Siti, dia meluahkan rasa bersyukur kerana berjaya mendapat zuriat melalui kaedah yang sama iaitu IVF.

Dia juga turut mengakui mendapat inspirasi untuk tidak mengaku kalah itu daripada Raja Permaisui Agong sendiri.

“Alhamdullillah.. Semalam kenangan manis buat saya sebagai ibu yang menjalani rawatan IVF untuk mendapatkan cahayamata ..”

“Penguat semangat saya & inspirasi saya ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong @airtangan_tunkuazizah .. Menjunnjung Kasih Tuanku.. Semalam , di acara perasmian bangunan baru @alphafertility .. Tahniah..”, tulisnya di entri tersebut.

 

 

 

Sumber: Instagram Dato Siti Nurhaliza

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*