Terbaru, Wawa memaklumkan dia telah mengalami kontraksi sehingga dikejarkan ke klinik.
Menunggu detik kelahiran anak ke-3, Wawa berkongsi makluman itu di Instagram bersama sebuah video tarian Bollywoodnya.
Menerusi kapsyennya, Wawa akui berdebar menunggu detik itu namun memilih untuk menghiburkan hati dulu.
“9 months pregnant .. less than a month lagi nak due???????? neves nya mak buyong.. kita hibur kan hati la dlu. “
“Wlupun tadi bekejar pegi klinik perut sakit sbb contraction ???????? dok dlu baby pls kat dlm tu. Byk lagi keje pending????????”, tulisnya di entri tersebut.
Dalam pada itu, peminat mendoakan agar urusan kelahiran anak Wawa berjalan dengan baik.
Malah ada juga yang turut memuji kecantikan dan kelincahan tarian ibu itu walaupun sedang sarat mengandung.
Untuk rekod, Wawa Zainal dan Aeril Zafriel telah bernikah pada tahun 2012 yang lalu dan sudah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Attar,6 dan Hayla,4.
Sekarang Wawa sedang sarat kandungan anak ke-3 dan sedang menunggu detik kelahiran.
Sumber: Instagram Wawa Zainal
Leave a Reply