Usahawan terkenal, Dato Alif Syukri telah melancarkan satu program terbaru yang dikenali sebagai Akademi A-Comel yang bertujuan untuk membantu mereka yang mempunyai maslah obesiti.
Menurutnya, setakat ini 12 orang telah terkumpul untuk menyertai program tersebut demi mendapatkan tubuh badan yang ideal.
Program yang bakal diadakan selama 3 bulan itu akan memberi motivasi kepad golongan tersebut dan meningkatkan keyakinan diri masing-masing.
Tambahnya lagi, dia melancarkan program ini kerana sedari ramai golongan tersebut yang ingin lakukan aktiviti lasak dan sihat namun segan kerana dipandang serong oleh sesetengah pihak yang lain.
“Dalam tiga bulan sepanjang berada dalam program ini, mereka akan dilatih untuk melakukan aktiviti lasak dan mengikuti setiap aktiviti yang disediakan. Namun mereka juga akan disingkir berdasarkan undian menerusi Facebook mengikut perubahan berat badan masing-masing.”
Dato Alif juga turut mendedahkan bahawa dia menghabiskan duit sebanyak RM1 Juta untuk program itu. Manakala hadiah keseluruhan yang diterima oleh para peserta pula berjumlah RM15 ribu.
Sumber: Instagram Dato Alif Syukri, Carian Google
Leave a Reply