“Ada sesuatu yang menarik minat dia..”, Kucing enggan tinggalkan rumah putih, seluruh keluarga terpaksa datang memujuk

Beberapa hari yang lalu, tular di media sosial video seekor kucing yang bernama Oren tidak mahu pulang ke rumah sehingga seluruh keluarga pemilik datang memujuknya.

Kucing tersebut dikatakan enggan pulang kerumah dan sering mengunjungi sebuah rumah putih tidak berpenghuni yang terletak di kawasan rumah tuannya.

Telatah kucing itu telah menyebabkan orang ramai tertanya-tanya sekiranya ada ‘sesuatu’ di rumah putih tersebut sehingga menyebabkan kucing itu enggan berganjak.

“Sebenarnya ada seseuatu yang menarik perhatian dia, tapi kita tak nampak.”, ulas seorang netizen mengenai video yang tular itu.

Dalam pada itu ada juga pihak netizen yang merasakan video tersebut lucu dengan gelagat manja kucing tersebut sehingga memaksa seluruh ahli keluarga datang memujuk.

Manakala. menurut pemiliknya yang bernama Dira, kucingnya itu akan selalu lepak di rumah itu ketika dilepaskan pada waktu siang.

Tambahnya lagi, rumah tersebut tidak berpenghuni sejak setahun yang lalu setelah jirannya berpindah kr tempat lain.

 

Sumber: Instagram mStar Online, orenofficialfc, Carian Google.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*