
Pada 1 November lalu, pelakon Eyra Hazali atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali telah selamat diijabkabul bersama penjaga gol kebangsaan bawah 22 tahun, Mohd Haziq Nadzli dengan sekali lafaz di Masjid As Syakirin.
View this post on Instagram
Assalamualaikum suamiku ????❤️ • ???? ; @cstproduction @project2pi ???? ; @anggunbydeanna
Terbaru, melalui perkongsian Eyra di laman Twitternya, dia mendapat kejutan daripada abangnya yang disangka berada di luar negara.
Pada awalnya, Eyra memaklumkan satu-satunya abangnya tidak dapat menghadirkan diri di majlis pernikahannya kerana urusan di luar negara.
Namun, satu kejutan telah dilakukan oleh sekumpulan ‘bertopeng’ dan Eyra tidak menyangka salah satu dari mereka ialah abangnya yang pulang dari Jepun.
I told everything about my relationship to my brother and my brother yang suruh kami kahwin cepat. I was sad because my only abang takde on my wedding day,and i dont expect at all he’d travel all the way from Japan to make me happy ????❤️ pic.twitter.com/8qTIPAj3HP
— EH (@EyraHazali21) November 4, 2019
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat terharu dengan hubungan dua beradik itu malah ada juga yang turut memuji pengorbanan abangnya yang terbang jauh dari Jepun semata untuk menghadiri perkahwinan Eyra.
Sumber: Twitter Eyra Hazali, Instagram Eyra Hazali
Leave a Reply