Baru-baru ini, CP Juliana Evans dan suami telah melakukan sesi penggambaran bayi buat cahaya mata pertama mereka, Tengku Kamiliah.
Katanya, tujuan penggambaran tersebut adalah untuk mengingati dan dijadikan kenangan buat anak sulungnya.
View this post on Instagram
My daughter’s newborn photoshoot at 26 days old with @tinywinyphotography ????????????????????????
Katanya lagi, dia amat menyukai gambar di mana Tengku Kamiliah hanya menyarungkan kain berwarna kuning dan merasakan gambar itu amat berharga untuk dikenang sehingga Tengku Kamiliah meningkat dewasa.
Sekadar imbasan, CP Juliana Evans telah berkahwin dengan Tengku Sharifuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 13 Julai yang lalu.
Sumber: Instagram CP Juliana Evans, Tiny Wini New Born Baby Photography
Leave a Reply