“Dia siap minta peluk lama sikit tadi..”, Dato Fazley buat kejutan untuk rider GrabFood dapat respect orang ramai!

Penyanyi dan juga cef selebriti terkenal, Dato Fazley Yaakob telah menerima pujian ramai apabila dia bertindak membuat satu kejutan hari jadi kepada penghantar makanan (rider) GrabFood.

Sebelum ini tular di media sosial seorang pemandu GrabFood ingin mengambil selfie bersama Dato Fazley Yaakob nanti tidak kesampaian kerana mengikut prosedur syarikat.

Lantas Dato Fazley menghubungi syarikat berkenaan untuk memberi kejutan kepada pemandu tersebut.

“Surprise Buat Grabfood Rider!

Korang masih ingat tak baru-baru ini, cerita viral Grabfood rider ni sorang, nak selfie dengan saya lepas hantar food, tapi dia tak berani sebab dia kena patuh SOP sewaktu berkerja. Apa saya buat, saya contact @grabmy & @grabfoodmy untuk bantu pertemukan kami berdua. Saya dan team @sukasucrebistro juga siapkan kek sempena hari jadi beliau yang baru berlalu.

Bila dah jumpa tadi, dia sangat2 nervous kerana yang dia mahukan hanyalah selfie, tapi saya datang sendiri bawa kek buat beliau. (Dia siap minta peluk lama sikit tadi haha!). Apa yang lebih menarik ialah saya juga baru tahu hari ini, beliau juga dikenali sebagai Ustaz Along, seorang graduan jurusan keagamaan dari Timur Tengah. Tahniah dan terima kasih @mhmdfkhrazzi_

Kepada semua rider, terima kasih banyak diatas penat lelah kalian berhujan panas untuk pastikan kami semua dapat makanan yang kami pesan.”, tulisnya sambil sertakan palang #grabfood #dfyforgrabfood

 

 

View this post on Instagram

 

Korang masih ingat tak baru-baru ini, cerita viral Grabfood rider ni sorang, nak selfie dengan saya lepas hantar food, tapi dia tak berani sebab dia kena patuh SOP sewaktu berkerja. Apa saya buat, saya contact @grabmy & @grabfoodmy untuk bantu pertemukan kami berdua. Saya dan team @sukasucrebistro juga siapkan kek sempena hari jadi beliau yang baru berlalu. Bila dah jumpa tadi, dia sangat2 nervous kerana yang dia mahukan hanyalah selfie, tapi saya datang sendiri bawa kek buat beliau. (Dia siap minta peluk lama sikit tadi haha!). Apa yang lebih menarik ialah saya juga baru tahu hari ini, beliau juga dikenali sebagai Ustaz Along, seorang graduan jurusan keagamaan dari Timur Tengah. Tahniah dan terima kasih @mhmdfkhrazzi_ Kepada semua rider, terima kasih banyak diatas penat lelah kalian berhujan panas untuk pastikan kami semua dapat makanan yang kami pesan. #grabfood #dfyforgrabfood

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Perkongsian Dato Fazley telah mendapat pujian dari peminat dan orang ramai yang kagum dengan sikap rendah diri beliau.

Sumber: Instagram Dato Fazley Yaakob

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*