Percintaan antara dua penyanyi terkenal Indonesia, Afgan dan Rossa bukanlah satu rahsia lagi. Mereka malah sering berkongsi foto bersama di media sosial.
Baru-baru ini, Afgan telah memuatnaik beberapa keping gambar yang telah menarik perhatian ramai.
Gambar-gambar tersebut telah diambil ketika di konsert Tegar 2.0. Menerusi gambar-gambar tersebut, kelihatan Afgan dan Rossa berpegangan tangan dan mesra di atas pentas.
Afgan juga turut menulis kapsyen yang berbunyi ‘ saya bangga dapat berada disana dan menyanbut bersama awak. saya bangga dengan pencapaian awak dalam konsert ini’.
“Glad that i could be there and celebrate with you for your tegar 2.0 concert tour in bandung. proud of you and what you’ve accomplished on this tour so far. best of luck for the last two cities. you got this. @itsrossa910 ????”, tulisnya di entri tersebut.
Menjengah diruangan komen, peminat teruja dengan aksi mesra spontan mereka dan ada juga yang tidak sabar untuk melihat mereka mendirikan rumah tangga.
Selain itu, Rossa juga dilihat turut memberi komen pada entri tersebut.
Sumber: Instagram Afgan Syah Rezza
Leave a Reply