
Hos dan pelakon, Sarah Hildebrand ada membuat pengumumam akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
Sarah Hildebrand memaklumkan akan mendirikan rumah tangga bersama seoarang jejaka kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen pada 3 November tahun ini.
Menurutnya lagi majlis perkahwinan itu akan diadakan di kediaman keluarganya di Lembah Keramat. Tambahnya lagi, Otto merupakan kawan rapat sejak dulu namun terpisah setelah mereka menuntut di sekolah tinggi yang berlainan.
Mereka bertemu kembali ketika Sarah berkunjung melawat bapanya yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat.
Sarah dan Otto mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga setelah 8 bulan mengenal hati budi.
Terdahulu, Sarah Hidebrand pernah menjalin hubungan dengan Nabil Mahir namun telah terpvtus sejak Februari yang lalu.
Sumber: Instagram Sarah Hildebrand
Leave a Reply