
Cef selebriti, Dato Fazley Yaakob ada berkongsi satu rakaman video di akaun Instagram. Menerusi rakaman tersebut dilihat Dato Fazley sedang membaiki kasut isterinya yang rosak di sebuah majlis.
Menurutnya, bahagian depan tersebut kasut isterinya telah tercabut membuatkan isterinya sukar berjalan.
“Hari itu semasa event, isteri saya @azrene_ahmad mengadu dekat saya bahagian depan kasut dia dah tercabut. Jadi, bila dia berjalan, benda tu terkontang-kanting.”
“Dia kata “takpa abang, adik ok, tak malu pun kalau orang nampak”. Tapi, me being me, saya usahakan cari cellophane tape dan tampal. Saya kata “Adik tak perlu buka kasut, biar abang yang menyangkung buatkan”. ???? ????”, tulisnya.
Meninjau di bahagian komen, rata-rata peminat memuji tindakan Dato Fazley yang gentleman dan sayang terhadap isterinya.
Sumber: Instagram Dato Fazley Yaakob
Leave a Reply