Baru-baru ini, pelakon Mawar Rahid ada berkongsi sekeping foto di akaun Instagramnya.
Menerusi foto tersebut, Mawar telah meluahkan rasa syukur atas kehadiran orang-orang tersayang dalam hidupnya termasuk suami dan cahaya matanya.
“Raden kecik & Raden besar ku. Tak boleh bayangkan macam mana kalau hidup Mawar tanpa you all. Sebelum ada anak Macam tak terfikir pun benda2 camni, sekali bila dah ada anak ni, automatically mematangkan mindaku ????”
“Bila jadi Mak ni, Mawar perasan diri Mawar jadi lebih menghargai setiap benda dalam kehidupan Mawar, seperti manusia sekeliling Mawar, bersyukur ada hubby, ada anak, ada mommy, ada MIL, ada Adik beradik yang Ku terlampau sayang.”
“Mawar jadi lebih menghargai masa Mawar, lebih menghargai rezeki yang Mawar dapat, menghargai semua benda lah. And that’s the power of being a MOTHER. I LOVE YOU ALL MOMMIES OUT THERE. MUAH2 ????
•
#5monthsoldbaby #MawaRadens baju Rafael from @mothercaremalaysia ok.”, tulisnya di entri tersebut.
Untuk rekod, artis kelahiran Kelantan ini telah bernikah dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017 setelah lima bulan mengikat tali pertunangan.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael.
Sumber: Instagram Mawar Rashid
Leave a Reply