
Kehidupan berumah tangga lebih ceria dengan kehadiran cahaya. Telatah mereka yang comel selalu mencuit hati kita.
Baru-baru ini, Datin Elvina Mohamad ada berkongsi satu rakaman video cahaya mata pertamanya, Karl Mateen.
Menerusi video tersebut Karl kelihatan ‘geramkan’ sesuatu dan reaksi mukanya membuatkan ramai terhibur. Video tersebut telah dimuatnaik di akaun anaknya sendiri, Karl Mateen.
Melihat imbas di ruangan komen, ramai peminat yang ‘geram’ dengan wajah comel Karl dan terhibur dengan gelagatnya.
Sekadar informasi, Datin Elvina Mohamad telah mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan permotoran, Datuk Mohd Haniff Borhan pada 18 Mac 2018.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Karl Mateen pada 30 November 2018.
Sumber; Instagram Elvina Mohamad
Leave a Reply