Kebahagiaan yang berkekalan adalah impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Begitu juga dengan pelakon Diana Danielle. Walaupun hidup sentiasa diduga dengan cabaran, namun dia tetap setia bersama suami, Farid Kamil.
Baru-baru ini, Diana ada memuatnaik sekeping gambar dia bersama suami di laman Instagram miliknya. Menerusi kemaskini tersebut, Diana meluahkan rasa syukur kerana tetap bahagia walaupun sudah 7 tahun mendirikan masjid bersama suaminya itu.
“People say “mula-mula kahwin memang semuanya indah”, but alhamdulillah 7 tahun being married to you masih banyak yg terasa indah indah belaka.”
“Ni bukan ayat pancing, ive never asked for a handbag (lol tak minat) or a holiday trip (i’d love this tho), im just amazed at how i naturally feel about you @faridkamilz .”, tulisnya di entri tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, peminat tidak putus-putus mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.
Untuk rekod, Diana Danielle telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Farid Kamil pada 3 November 2013 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Diana Danielle
Leave a Reply