![an f](https://www.lubukviral.net/wp-content/uploads/2019/10/an-f-1-678x381.jpg)
Semalam, pelakon Anne Ngasri telah menyambut sambutan ulang tahun kelahiran cahaya mata pertamanya, Nazharah Afroza.
Anne telah berkongsi beberapa keping foto di laman Instagram miliknya. Malah dia juga turut titipkan satu ucapan istimewa buat anak kesayangannya itu.
“Happy Birthday to my princess Nazharah Afroza. Anak perempuan pertama dan Zara adalah kekuatan saya…saya diuji oleh Allah swt semasa beliau berumur 4 bln dalam kandungan saya lagi.’
“Syukur Alhamdulilah Allah swt izin kan saya menjaga dan membesarkannya hingga sekarang dah berusia 9tahun. ”
“Tq to Papa Sumali @mohdsumali_molly kerana always ada utk Zara dan keluarga.
Happy Birthday Zara. Doa mama dan papa sentiasa ada untukmu anak semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia & akhirat… Aminnn”, tulisnya panjang lebar
Lantas, peminat juga tidak lepaskan peluang untuk mengucapkan selamat hari jadi buat anaknya itu serta mendoakan kebahagiaan Anne Ngasri sekeluarga.
Untuk rekod, Anne Ngasri pernah berkahwin dengan Abdul Wafi Hassan pada 2006 namun telah berp1sah pada tahun 2010.
Kemudian Anne mendirikan rumah tangga bersama Datuk Sumali Reduan sehingga sekarang.
Sumber: Instagram Anne Ngasri
Leave a Reply